Beautiful * Monster }










profile friends entry dashboard followers facebook twitter older newer
❁ Educamp UTP
Wednesday, May 8 | 18:04


Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan, aku akan cerita pasal pengalaman dan seberapa banyak tips untuk hadapi temuduga.
Sebenarnya pengalaman pertama aku di-interview bukan time Educamp UTP . Tapi sebagai crew McDonald Setiawangsa. Siapa tak tahu cerita , sini mari baca entry nostalgia . Tapi itu interview kerja. *muda muda lagi dah kerja budak kecik ni* . Pengalaman itu penting okay. Kalau kau tengok berlambak fresh graduates dekat luar sana yang mengganggur. Semua sebab tak ada pengalaman bekerja. Orang comel macam aku ni mungkin baru ada peluang yang cerah untuk tidak menjadi mahasiswa mahasiswi mengganggur. Ehem kembali ke topic asal. Ni nak cerita pengalaman interview sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.


;click to enlarge


Sebelum tu. Nah untuk tatapan sikit. Nanti kata aku bercerita ikut sedap mulut. Tawaran offer Educamp tak ada pulak aku print screen. Tapi offer letter ni pun dah kira bukti lah noh.


Jangan tanya aku terima ke tak offer tu. Hmm, okay okay tanya lah. Jawapan aku tak. Actually, ni kali kedua aku dapat offer UTP. First aku keluar dari UTP (guna result trial MARA) sbb nak pergi PLKN. Ni kali kedua, guna result SPM sebenar. Antara 4000 calon yang ditemuduga, aku antara 700 orang yang terpilih untuk masuk ke Universiti Teknologi Petronas. Tak rasa bertuah ke? UTP okay UTP. Siapa taknak rasa gini, bila ditanya 'Study mana?' 'UTP je' 'UTP? WOW WOW WOW !' Itu antara respon terhadap students UTP. Sangat bertuah k. Tapi bukan aku menolak rezeki. Sendiri harap maklum. Walaupun aku nak sangat sangat masuk UTP sebab ada kak @nadiahrosman dan kak @amy so that aku takkan dibuli bila ada senior watching aku dari jauh ala ala bodyguard gitu plus dengan hall besar gedabak dia siap ada wifi lagi and dengan luxury library dia yang gila awesome, but still, aku tak akan terima offer UTP.


Why? Sini baca ceq nak habaq. UTP kan IPTS. So for sure lah yuran mahal gila berbelas ribu . PTPTN pun tak cukup nak tampung trust me pemberi taklimat tu sendiri yang bagitahu. Melainkan kau masuk dengan tajaan petronas or MARA or mana-mana tajaan lain. So fikir punya fikir. Aku tak terima and decided untuk tunggu jawapan JPA and UPU and ACCA. Maaf bukan tamak. Cuma mencuba segala peluang yg ada.


*ping ping ping BBM* 

Sorry I'm lost . Where were we? Oh about UTP. Okay should we start now? Dah ada buku nota? Pensel dah ada? Kidding.


Temuduga seawal jam 730 pagi. Ramai yang lepas untuk ke peringkat temuduga ni. Bertolak dari Kuala Lumpur ke UTP, Perak ambil masa lebih kurang 4 jam. Abah bawak laju, 3 jam dah sampai. Sini nak highlight sikit, aku sampai tepat jam 730 pagi tapi barisan dan panjang sangat sangat. Agak agak pukul berapa yang lain lain tu sampai? Pikir sendiri ye. Dan aku nak bagitahu jugak ada dua line beratur nak daftar. Tapi ramai tak perasan yang line kedua tu. So open your eyes kids.



;click to enlarge

While tengah beratur tu, akan ada fasi bagi kertas lebih kurang macam yg dekat atas ni. Nampak tak huruf C tu? Itu kumpulan okay. Interview section kumpulan C D di sebelah petang. Kumpulan A B mesti lah pagi kan. Nombor tu jangan risau. Biarpun beratus tapi masa temuduga serentak untuk semua ahli kumpulan C.


Bila dah daftar, setel bayar RM20.00 then masuk hall, peserta wajib mendengar taklimat while parents are invited. Jangan tanya best ke tak. Peratusan taklimat best awesome funny yang ada dalam dunia ni sangat sikit. So yes memang boring. That time aku sibuk tweet tweet dengan Jalal Rabb. One of MRSM Taiping's student yang dapat interview sama hari dan sama kumpulan dengan aku. Okay tak penting. Apa aku nak cakap dekat sini, time taklimat tu memang bosan plus mengantuk. Ada yang curi curi jenjalan dekat luar. Ada yang lepak dekat tandas. Ada yang bersembang bergelak tawa kemain rancak. Dan ada yang sibuk layan phone macam aku jugak.


Bila dah tiba masa, kau sendiri kena pergi bangunan yang ditetapkan untuk temuduga. Jangan gopoh. Masuk bilik menunggu dulu. Lebih kurang macam bilik kuliah lah. Temuduga sekejap je. Serious talk. Yang menunggu tu lama bebenor. Time menunggu tu aku decide nak practice and ingat sikit sikit isu semasa yang dah dikaji. Time ni, ibu bapa kau dah tak ada dah. Tinggal kau dengan candidates yang lain je. So cuba lah jadi seperamah yang mungkin dan gali isu apa yang diaorang dah buat research.


Okay now bila dah dipanggil, semua ahli kumpulan yang seratus lebih tu akan pergi ke bilik lebih besar sikit. For me, it was rather like a small examination hall. Dengan ada meja yang tertulis panel 1,2,3,...,30 choose sendiri untuk duduk dengan siapa. Satu group mesti ada lelaki dan perempuan seimbang lebih kurang. Tak boleh lelaki kacak bergaya sahaja or perempuan cantik ayu sahaja. And here again, try to get to know each other better. So that tak kaku bila ada interview group. Tak ada para panel. Its just you and  your teammates. Sebab kauorang akan diberi task untuk diselesaikan. Is it study case? Yes it is. Fasi akan berjalan sekitar you guys. So don't worry. Kalau ada soalan tak jelas just angkat tangan. *suddenly teringat iklan Syam angkat tangan yg berpeluh tu*


Ada 20 minit tak silap untuk fikir fikirkan isu study case tu. Take note guys, try to find a brilliant point. A new point untuk isu yang kauorang dapat. Engineering is something connected to innovation. Judges would be impressed with your new points regarding the case though it is just an ordinary one. 


What else to say here? Oh last but not least please, be confident. My siblings, along especially did helped me a lot. And my sunbae, kak ya , kak amy , irfan and the rest . They are my great supporters. Don't worry if you can't speak English fluently. Kita anak Melayu kan. Biasa lah tu. Just try to be anak mat salih celup for a couple days. Remember this, practice makes perfect. If you ask me, like seriously I've never thought I would get this offer because I was so terrible and nervous on that day. I was scared to death. Tapi ini yang dikatakan Tuhan itu Maha pemberi rezeki. For the muslims, pray a lot. Allah will help you. In shaa Allah.


Good luck future candidates :)



note: The tips are those that highlight with different colours . Btw, saya bukan orang utara .